Thursday, December 29, 2005 

Bye Bye 2005, Hello 2006

Hello Kepada Semua Peminat KaDuS Entertainment Page (I mean Blog!)
Okay Tahun 2005 melihatkan kemunculan banyak bintang² baru dalam industri hiburan tempatan khususnya lagu² dan produk KaDuS. Kemunculan artis² bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Persaingan Sihat ini amat menyenang kan mata sia memandang. I like Variety! Sampai sia nda buli kejar album² yang baru nie…

Negeri Sabah juga berjaya melahirkan Bintang dalam pertandingan peringkat kebangsaan tahun ini. Nama² besar yang sia maksudkan, tentu semua sudah tahu. Felix Agus, Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Popular dengan lagu Dusun bertajuk Toguangonku Koposionku yang menjadi pernah menjadi juara Carta lagu² Dusun, mengambil suatu keputusan yang bijak dengan menyertai Akademi Fantasia 3. Walaupun banyak cerita² uyang nda best mengenai pertandingan nie, Felix Tetap Maintain! Seperti Ada aura, bilasaja lagu Felix di mainkan diRadio, Semua orang akan tenang mendengarnya. Dulu Album Bontugan Sinding (Album Kompilasi Pertama Felix) macam nda laku ja kana jual… tapi bila Felix uda semakin popular, album tu macam pisang panas… Sekejap jak abis… dari tinjauan yang sia buat di sebuah kedai di kaset, derang mengaku yang Album Sinding Bontugan tu, menjadi pilihan bukan saja dari warga KaDuS, tetapi juga dari bangsa lain! Cool! Credit ni sia berikan juga kepada Marsha dan Yazer. Then Kita ada Nikki (MI) yang akhirnya berjaya mengeluarkan album berjudul Maharani. Then Adam dan Linda (AF2) masing masing berjaya dalam tahun 2005 ini. Linda yang selama ni membisu akhirnya mengeluarkan album pertama. Long awaited album lah di kirakan! Adam pula menjadi gabungan dengan KRU Semakin Mantap. Single Terbaru Adam berjudul “Jatuh” miming best gila kalau di dengar… Kita ada Gracie(Audition), Sharnel, Pet dan banyak lagi yang sia lupa… All the Best! Ini membuktikan Sabah tidak ketandusan bakat nyanyian!

     Balik di negeri Sabah. Pertandingan² berasaskan undian menular pula kedalam negeri ini. Dua pertandingan besar yang di anjurkan oleh dua syarikat (besarlah) menyerlahkan kemampuan bakat² baru. KDM Idol dan Idola Sabah adalah dua pertandingan yang sia perkatakan. KDM Idol telah melahirkan lima penyanyi berbakat besar di dahului degan juaranya, Reno Rodney Fabianus. Idola Sabah sia nda ingat sepa juara dia tapi lagu² yang terdapaty dalam album Idola Sabah memang mengancam. Then kita ada Ateng (Norubat Piginawaan) Sebuah lagu yang memukau pendengar² radio. Banyak lagi artis² baru yang muncul… Seperti Saldivianna Wences yang baru berumur 15tahun tetapi mempunyai kekuatan vocal yang menawan… Charlene Petrus Edwin Edin, nama yang mungkin asing bagi kamu semua, tetapi kemantapan vocal beliau untuk lagu Izou Nasansagan, Iziau Sinansagan (Or something like that…) berjaya menambat hati peminat di radio.

     HipHop, Genre yang agak asing dan bertentangan dengan budaya KaDuS, tetapi mendapat tempat di hati peminat. Pioneer, sudah pasti sia berikan kepada my bro, Andrew Mudi (ATAMA). Satu percubaan yang berani dan ia memang membuahkan hasil! Diikuti dengan kemunculan warisan kepada lagenda Music Sabah, Aldro John Gaisah. Genre hiphop ini di teruskan oleh beberapa artis baru dan sia pasti next year lebih banyak hiphop act yang akan muncul!

     Sia masih lagi mo tunggu kemunculan Album Danny F. Malinggi dan Ivy Alexandra. Dua penyanyi yang berjaya menarik minat pendengar dengan lagu hits mereka. Danny dengan Guminawo Oku Dika & Kada Oku Sindualai  dan Ivy dengan Hiti Oku Poingandad! Hopefully by next year, Album derang akan kluar! Seriously banyak lagu yang best ni tahun. Macam tahun menuai pula…  Tahniah kepada semua penggiat seni Negeri Sabah.

KaDuS Entertainment akan membuat beberapa pembaharuan Next Year. Ni kira azam lah nie. Sia akan cuba menjadikan page ni lebih interactive dan mesra pengguna. Lebih banyak penglibatan dari smua fans. Juga penglibatan artis di sini menjadi one of my planning! It’s hard, tapi itu lah yang akan membuatkan sia mo lagi! Ahaks… Next Year, sia akan review dua product lama, iaitu MTV Karaoke Fhilix Don dan MTV Karaoke KDM Idol 1. So kamu tunggu saja…

Sia dan semua yang terlibat dalam KaDuS Entertainment ni ingin mengucapkan Selamat tahun Baru Kepada semua Penyanyi, Pencipta Lagu Pelakon dan Peminat semua. Di harapkan tahun 2006 akan melahirkan lebih banyak penghibur yang akan mewarnai industri hiburan negeri ini! Selamat Bercuti! –Sia Pun Mo Bercuti juga!-

©KaDuS Entertainment™ 2005
kadusmusic@yahoo.com

Wednesday, December 21, 2005 

Romou-Romou Matoku - Vera Albert (Pusakag 3)

Romou-Romou Matoku
Vera Albert (Pusakag 3)

Verse 1
Totuong dii tolumis
Timpu Pinirubaan Toh
Binabang Dilo Tulan
Monitiu Dato
Pinolombus Nu Suang Ginawo Nu…
Kagoas Piupusan Toh
Nowiyad Nodii…

Bridge:
Romou-Romou Matoku
Lumuyung Id Pingas Ku
Aiso Pinoborosku
Aiso Tiso Pinokianuku…

Cho:
Tulan Om Rombituon
Mintong Doho Nosindualan
Tihad Nokolombus Ku
Noowit Ku Minamanau
Tulan Om Rombituon
Mintong Doho Nosindualan
Tihad Nokolombusku
Noowit Ku Do Minamanau…

Repeat Bridge & Chorus…

Kepada mereka yang mo cari lirik lagu nie, sia sertakan disini. Sungguh Sedih Lagu nie… hayatilah lirik dia… Any comment, add jak di sini, or add di Shoutbox or jas emel me at: kadusmusic@yahoo.com. TQ

©KaDuS Entertainment™ 2005

Sunday, December 11, 2005 

Album Review - Pusakag 3

Album Review
Pusakag 3
Various artist







Yeah... After A long wait... atlast THIS album is OUT! I've waited since May this year for this album... sebab sia dangar dari bulan lima lai Pusakag Production uda mula buat persedian untuk Pusakag 3! Cool! As an ardent Pusakag Fans sia nda akan lepaskan peluang untuk memiliki Album nie. Tambah lagi collection Pusakag Sia. Yeah! Cover album ni pun mmg cool. Simple but something Else. Setiap Production House ada cara untuk memasarkan produk mereka and off coz dengan cara yang berlainan. Pusakag Production tidak terkecuali, dan mereka merupakan salah sebuah Production House yang release album dengan menggunakan konsep Various Artist (banyak artis bah). Dari Pusakag 1, Pusakag 2, Pusakag: Manambagas 1 dan kini Pusakag 3. Satu lagi yang sia respek dengan Pusakag Production ni ialah mereka sering mengetengahkan nama² baru dalam industri muzik tempatan ini. Cool! Dulu sepa kenal Denis Gais, Abraham Edwin or even Winnie Kuntip? Thumbs Up To Pusakag.
     Mari kaka... kita berkenalan sama artis di dalam album ini. Since sia belum jumpa derang (the singer) in person, sia cuma buli bagi tau nama saja. Terdapat 6 urang penyanyi yang akan diketengahkan oleh Pusakag kali ini. 3 daripadanya sudah lama sia dengar nama dia. Yalah kdg² ada di radio or masa function².
Janniri Sipaji (Pusakag 2), Betcy Michael dan Vera Albert (Radio and Function). Si Janniri yang “paling selalu” sia jumpa di KK.. The rest Tottally new to me. Nda tau lah kalau kamurang mimang pernah dangar or mimang bekawan sama derang. Ben J. Majanau, Samsen Jusimin dan Lydia Joini melengkapkan senarai artis dalam album Pusakag 3 kali ini. Cool! Terdapat 10 buah lagu pelbagai rentak dan genre di dalam album ini. Nanti kita go through satu²! Tapi sia nda buli tahan mo cakap yang dalam album ni ada satu lagu Sumazau beat! Yeah!
     Okay, terdapat beberapa Komposer yang terlibat di dalam penciptaan dan penulisan lirik album ini. Mereka ialah,
Douglas Henry (Seperti Biasa), Stephen Masil, Cosmas Chin, Henry M. Gumisi dan Jolina P. Kimput. Dua artis Pusakag 3 juga telah menyumbangkan idea dalam bentuk penulisan lirik dan penciptaan lagu iaitu Janniri Sipaji dan Ben J. Majanau. Thumbs Up untuk Janniri dan Ben! Ada juga beberapa Pemuzik jemputan, tapi itu kamu buli tinguk sendiri di Kulit Album dia... Yeah... Sia buli cakap derang (Pemuzik Jemputan) mimang cun men alat muzik derang tu!Bah... Mari kita subuk² satu² itu lagu yang ada dalam album nie.
1.     Iziau Binabang Ku - Lydia
(Lagu: Douglas Henry/Lirik: Douglas Henry & Henry M. Gumisi

- Lagu dalam bahasa kadazan berentak slow ballad. Ni lagu bagi sia semi-broken heart. Sedih juga... nga tidak lah sampai koihad. Sia suka suara si Lydia dalam lagu ni... and dia mimang kiut... chubby² pipi dia... cheh... blum sia jumpa in person lah. Simple lagu nie... but mendalam maksudnya!
THIS IS A RECOMENDED SONG!!!

2.   Ika UpusonKu - Samsen (Lagu: Douglas Henry/Lirik: Jolina P. Kimput

- Kalau mo cari kelainan dalam lagu² KaDuS, Ni Dia... Bagi sia lagu ni ada sikit² rentak ska    dan ada sikit² alternative. It's good actually... kira macam satu pembaharuan di dalam industri muzik Kadus ni. Lagu ni dalam bahasa Dusun, and it's the only song sang by Samsen. Nda tau kenapa, tapi Samsen telah menyanyikan lagu ini dengan begitu baik. Besa kalau lagu macam ni urang buat bersahaja ja... tapi apa yang sia dengar, Samsen telah memberikan yang terbaik.
THIS IS A RECOMENDED SONG!!!

3.   Romou-Romou Matoku - Vera (Lagu: Douglas Henry/Lirik: Jolina P. Kimput

- My fevret! Lagu ni first sia dengar di website rasmi Pusakag (www.pusakag.com). Trus  sia ter"
Fall In Love" sama ni lagu. Masa sia dengar di sana (website) lagu tu macam belum kana tambah music arrangement, tapi come to my suprised when i got this album, its really cool... I like the violin done by James Juanis. Tambah best pula didengar. Lagu ni dalam bahasa Dusun mengisahkan perhubungan yang di putuskan tanpa kerelaan, lalu menjadi kenangan abadi... Dui.. macam sorita sia gia ni... Apapun Gabungan lagu, lirik, arrangement music dan kemantapan vocal Vera, Lagu Romou-Romou Matoku become my Favourite song and will recomended it to you! THIS IS A RECOMENDED SONG!!!

4.   Mandad Sisimba - Betcy (Lagu: Douglas Henry/Lirik: Stephen Masil)

- Lagu ni macam ada Jazz influence. Dinyanyikan dalam bahasa Kadazan oleh Betcy. Vocal Betcy mimang tidak sia pertikaikan lagi. Lama sudah gia sia dangar nama dia ni. Lagu nie ada up tempo sedikit. Although i'm not really into this kind of song (genre), tapi buli juga sia dangar. Mungkin peminat² genre lagu nie, akan dapat feel lagu macam nie. Lagu ni ada di website Pusakag, di bahagian Demo!



5.   Tupus Ginawo - Ben (Lagu/Lirik: Ben J. Majanau)

- This song was composed and written by Ben himself. Lagu dalam bahasa Dusun ini
alambayat sekali. Bagi sia, dia merupakan pendatang baru dalam industri music Kadus ni, but sia nda taulah kalau dia mimang sudah lama berkecimpung. Lagu ni macam stail² lagu Belaian Jiwa oleh Innuendo. Bukan sia cakap sama, but stail saja. Slow Ballad... Vokal c Ben ni buat sia suka lagu nie.

6.   Langadku, Langadnu Nogi - Janniri (Lagu/Lirik: Janniri Sipaji)
- Artis kedua selepas Ben yang menulis sendiri lagu ini. Janniri yang pemes dengan lagu cha-cha dari album Pusakag 2, iaitu lagu Romito Iti Tupusku dan Iziau Tomoimo Koupusanku, membuat perubahan besar dari segi genre lagu. Dengan menyanyikan lagu Ballad didalam Pusakag 3. Lagu yang berbahasa Dusun ini, mengisahkan tentang kerinduan sepasang kekasih yang berjauhan... Lagu ni sia rekemen juga. THIS IS A RECOMENDED SONG!!!

7.  Iziau Koginavaanku - Vera  (Lagu: Douglas Henry/Lirik: Cosmas Chin)

- Secara am sia nda pandai kasih kategori lagu ni. Tidak slow, tidak juga fast... Sedang²! Stail lagu macam lagu
Kau Ilhamku or Warisan Wanita Terakhir. R&B kali... I like this song. Apa yang pasti sia suka cakap lagu begini sebagai lagu "manja"... why? sebab dari apa yang sia baca di lirik dia... Ehem... Kalau mo tau kena beli album nie... Baca lirik dia... Hmm... lagu ni dalam bahasa kadazan, and sia pasti lagu ni buli bersaing dengan lagu² KadazanDusun yang lain. Persaingan Sihat lah. Sia rekemen juga lagu nie... THIS IS A RECOMENDED SONG!!!

8.  Langadon - Ben & Betcy (Lagu/Lirik: Douglas Henry)

- Sia rasa nda sah kalau album pusakag ni teda lagu duet. Melihatkan kepada album Pusakag 2, terdapat dua buah lagu duet yang memang best. Kotouhuadan (Abs & Winnie) dan Tupus Montok Dika (Denis & Jennilin) merupakan lagu duet yang terdapat di dalam album Pusakag 2. Lagu Tupus Montok Dika juga telah menjadi Antara top 10 song dalam tahun 2004. Meneruskan tradisi lagu duet ini, Pusakag 3 menampilkan lagu baru ini. Gandingan mantap oleh Ben dan Betcy (Uiks... B & B ni) membuatkan sia fall in love juga sama ni lagu. Lagu ni berbahasa Dusun dan berentak Ballad. Sia nda tau macam mana lagi mo describe lagu nie, kerana bagi sia, it's one of the best in this album! I'll recomended this song to you all...
THIS IS A RECOMENDED SONG!!!

9.  Sunudai Zou - Lydia (Lagu & Lirik: Cosmas Chin)

- Lagu yang dicipta oleh Cosmas Chin ini berbahasa Kadazan dan berentak slow ballad. Lagu ni macam lagu kebiasaan Kadazan, tapi dengan muzik arrangement yang power, ada kelainan sikit dari pendengaran sia. Ni lagu macam mo minta maaf ja cerita dia... ada salah faham kunu... This song not only suitable for lover but also for friendship value... Good Song... I Recomended it also...
THIS IS A RECOMENDED SONG!!!

10.  Sumandak KadazanDusun - Janniri (Lagu/Lirik: Cosmas Chin)
- The last song in this album. Berentak Sumazau... dalam bahasa dusun. Mengisahkan keayuan Sumandak (Gadis) Kadazandusun yang di sampaikan oleh Janniri ini. Really Like this song... Pusakag Production did not dissapoint the cry from fans for a Sumazau Beat song with this beautiful song. Although tidaklah hundred percent sumazau beat (ndada Mamangkis, bunyi gong...) tapi i like it... Kalau di bawa time keramaian, mimang ramai yang akan pigi Sumazau. Bravo To Pusakag, Cosmas Chin and Janniri. THIS IS A RECOMENDED SONG!!!

So...
Conclusion:
     I've listened to this album... berulang kali... and sia dapati album ni mimang worth buying it. Although dia tidak dapat mengatasi Pusakag 2 (pada pandangan sia), namun variety yang ada dalam album ni mengatasi segalanya. Sia difahamkan dari suatu sumber, yang mengatakan hampir keseluruhan lagu di dalam album Pusakag 3 ini menggunakan Live Band sepenuhnya. Ia merupakan suatu Pembaharuan yang di buat oleh Pusakag Production dalam mempelbagaikan lagi konsep album di pasaran sekarang. Satu lagi, percubaan Janniri Sipaji menyanyikan lagu dalam rentak Ballad dan Sumazau. Ini kerana dia lebih sinonim dengan lagu berentak cha-cha. Pusakag Production berjaya menjadikan Janniri Sipaji sebagai Artis Versatile. Cool. Last, pemilihan artis di dalam Album ini bersesuaian dengan konsep yang cuba di ketengahkan. Young and Energatic! Bagi sia smua artis dalam Pusakag 3 ini mempunyai vocal yang mantap!
     Sia rasa tidak keterlaluan kalau sia cakap yang album ini
HARUS dimiliki oleh piminat lagu² tempatan trutamanya peminat Koleksi Pusakag. Harga Album ini juga amat berpatutan. CD pada harga RM19.90 dan Kaset di bawah RM15. I'm Not sure the exact price for cassette because it's the CD i saw first! BERBALOI. Worth IT! Jan lepaskan peluang keemasan ini! Next Sia mo tunggu VCD Karaoke, and sia pasti apa jua kelemahan dari segi penggambaran dari Pusakag 1, 2 dan Manambagas akan dapat di perbaiki untuk MTV Karaoke Pusakag 3. I'll Wait!

My Rating : 4½ STAR
THIS ALBUM IS RECOMENDED!!!


P/S: Review Ni Adalah based on my personal view... nda semestinya overall view dari semua orang. Sia nda bermaksud mo kasih rendah-rendah sesebuah lagu or artis and i'm not biased toward any artis or song. Motif sia adalah untuk memperkenalkan lagu² Kadazan Dusun kepada semua peminat dan bukan peminat... dan review ni hanya sekadar guideline. Citarasa kita memang berbeza... but sia pasti satu yang sama adalah... Kita sama² menyokong Industri Muzik Sabah... Cool! So Enjoy...

Satu lagi, Dalam memastikan industri muzik tempatan terutamanya dalam Negeri Sabah ini berdaya saing dan mampu bertahan lama, BELILAH CD/KASET YANG TULIN. Hanya kita, peminat, yang mampu menaikkan martabat industri muzik kita dan kita juga mampu menjatuhkannya. Dalam kita membantu memartabatkan industri muzik Tempatan Sabah, kita juga boleh berbangga sekiranya ada artis kita yang diiktiraf di peringkat kebangsaan, contohnya Felix Agus, Azharina, Nikki dan Banyak lagi. Bersama-sama kita menjadikan impian suatu realiti. Sokonglah Industri Muzik Tempatan Sabah dan belilah yang Original! Bulih Bah Tu...


-KaDuS-©KaDuS Entertainment 2005™
kadusmusic@yahoo.com

Tuesday, December 06, 2005 

Coming Soon... (jap lai)

Kumaa Toinsanan Mononombuhui KaDuS Entertaiment,
Kepada Semua Pengunjung KaDuS Entertaiment,
To all Visitor Of KaDuS Entertaiment…

Hello.. Kaka… pemulaan ucapan sia... Album Pusakag 3 sudah berada di pasaran dan kepada peminat² Pusakag, Sila dapatkan dengan segera di pasaran… Susulan review akan sia buat nda lama lagi. By the way kamu buli dengar demo lagu di lawan web rasmi Pusakag, http://www.pusakag.com. Buli juga kamu dengar dan bagi komen kamu kepada sia di alamat emel: kadusmusic@yahoo.com .

Okay… sekiranya ada apa² pertanyaan, cadangan or apa saja yang berkaitan dengan Industri Music Tempatan Sabah… Buli juga emel sia di: kadusmusic@yahoo.com.

Update:
  1. Review Album Idola Sabah berada di Page DBos-FM di alamat: http://dbos-fm.blogspot.com/. Lawatilah page itu…

  1. Demo lagu Nikki Palikat (MI) juga berada di dalam blog DBos. Buli juga dengar lagu dusun Nikki yang bertajuk Sunudai Oku… Best lagu tu…

  1. DBos-FM is an Official Partner Of KaDuS Entertaiment. Visit DBos-FM at: http://dbos-fm.blogspot.com/ Enjoy…


Bah ni ja kaka update sia untuk kali ni… okay… sebarang pertanyaan emel sia di: kadusmusic@yahoo.com. Buli juga teriak di shoutbox. Kalau bukan sia yang jawap ada “Tambalut Tosonong” Sia di sana iaitu si Yan!