« Home | MTV Pusakag 3 » | Pelancaran Album Ivy Alexandra @ Buhavan Square, D... » | Oliver George Mool - Album Review » | Bye Bye 2005, Hello 2006 » | Romou-Romou Matoku - Vera Albert (Pusakag 3) » | Album Review - Pusakag 3 » | Coming Soon... (jap lai) » | Album Review - Meeda Hamzani » | Variasi 2005 - Album Review - » | ALDRO JOHN GAISAH - ALBUM REVIEW - » 

Saturday, February 04, 2006

Danny F. Malinggi

Danny F. Malinggi mendendangkan lagu Kakal Oku Daa dan Kada Oku Sindualai Di Konsert Amal Linda di KDCA

Masih ingatkan anda dengan lagu “Guminawo Oku Dika” atau “Kada Oku Sindualai” nyanyian Danny F. Malinggi. Nama yang telah menggegarkan industri muzik tempatan suatu ketika dulu. Lagu Guminawo Oku Dika merupakan single pertama yang memperkenalkan nama Danny F Malinggi kepada peminat-peminat muzik kadus. Lagu balada yang cukup indah ini juga merupakan lagu yang amat saya minati sehingga masa ini. Saya cukup bertuah apabila secara tidak lansung bekerja bersama-sama Danny F. Malinggi semasa menjayakan Konsert Amal Linda tempoh hari. Saya telah ditugaskan untuk mengurus artis-artis tempatan untuk membuat persembahan pembukaan konsert tersebut dan Danny F. Malinggi adalah salah seorang artis yang telah saya libatkan. Saya masih mengingati lagi sahabat saya Davelynn (sumandak) yang telah menyenaraikan Album Solo Danny F. Malinggi sebagai album yang paling diingininya beberapa tahun lalu. Ya… beberapa tahun lalu. Bukan Davelynn seorang saja yang ternanti-nanti akan kemunculan album ini malah ramai lagi peminat-peminat lagu kadus tertanya-tanya bilakah album ini akan berada dipasaran.
Bagi menjawap pertanyaan ini, saya telah berkesempatan untuk berjumpa dengan Penerbit Eksekutif Moe’s Music Production iaitu En. Rosly Teo Jr. Moe’s Music Production merupakan syarikat yang bakal menerbitkan album sulung Danny F. Malinggi ini. Menurut En. Rosly, sebenarnya memang sudah lama pihak Moe’s Music ingin menerbitkan Album Danny F. Malinggi. Beliau juga menyedari tentang permintaan peminat namun terdapat sedikit masalah kecil yang terpaksa dihadapi. Danny F. Malinggi berada di Semenanjung Malaysia atas urusan pembelajaran dan pekerjaan. Adalah tidak adil bagi Danny dan peminatnya sekiranya penerbitan album diteruskan tanpa Danny. Menurut En. Rosly “Adalah tidak adil sekiranya kami melancarkan album Danny F. Malinggi tanpa kehadiran penyanyi tersebut.Kami mahu memberi peluang kepada peminat untuk mendekati dan mengenali Danny F. Malinggi dengan lebih dekat. Oleh sebab itulah kami menangguhkan dulu penerbitan album Danny F. Malinggi”. En. Rosly Teo Jr. juga menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa masalah kewangan merupakan faktor mengapa Album Danny F. Malinggi lambat diterbitkan. “Sekiranya masalah kewangan menjadi faktor, kami mungkin tidak mampu untuk menerbitkan album-album artis selepas Danny F. Malinggi.” Tambahnya lagi.
Sebenarnya berita tentang kemunculan album Danny F. Malinggi ini telah disiarkan di akhbar tempatan suatu ketika dahulu. Antara petikan yang saya masih ingat ialah, Danny F. Malinggi hanya mampu merakamkan lagu sekiranya kembali bercuti di negeri ini. Keadaan ini memang menyukarkan Danny sendiri dan pihak Moe’s Music Production. Ketika peminat mula merasa hampa kerana menunggu lama, pihak Moe’s Music sekali lagi memberi petanda dengan melibatkan Danny didalam album kompilasi terbitan Moe’s Music tahun lalu iaitu Album Upus 1: Sinding Piginawaan. Kerinduan peminat Danny F. Malinggi mula terubat dengan tersenarainya lagu Guminawo Oku Dika didalam album tersebut dalam bentuk kaset dan VCD Karaoke, walaupun lagu Danny hanya demo dan bukan karaoke.
Kepada peminat-peminat Danny F. Malinggi dan semua peminat lagu-lagu kadus yang ternanti-nanti kemunculan album Danny ini ada berita baik untuk anda. Album ini akan berada di lancarkan dalam tahun ini. En. Rosly Teo Jr, telah memberi jaminan bahawa Danny F. Malinggi kembali ke Sabah. “He’s Back For Good”. Dalam kenyataan yang berasingan En. Rosly Teo Jr. dan Danny F. Malinggi sendiri meminta agar peminat terus bersabar kerana album ini akan berada dipasaran tidak lama lagi.

KaDuS bilang…
Akhirnya… album yang mimang lama sudah sia tunggu. Mimang sia akan aim album ini. Even if sia terpaksa pigi tunggu sana pintu pejabat Moe’s Music Production, Sia Sanggup!!! Ekekekekeke…. Well, Danny F. Malinggi memang sini sudah Sabah dan bekerja sana *tuuut* ekekekekeke… Kepada yang ada pigi konsert Amal KDCA/Maestro tempoh hari dan pelancaran Album Ivye Alexandra di Buhavan Square, Donggongon, kamu berpeluang mendengar single terbaru Danny F. Malinggi yang bertajuk Kakal Oku Daa. Lagu ni memang best gila sia kasih tau kamu. Setanding dengan lagu² dia sebelum ni. Setakat ni sia uda dengar 5 buah lagu Danny iaitu Guminawo Oku Dika, Kada Oku Sindualai, Gisom Sogigisom (kalau nda silap tajuk dia, lagu kadazan bah nie), (sia nda ingat satu tajuk nie lagu) dan Kakal Oku Daa. 5 buah lagu yang sia buli katakan Excellent! So nantikan kemunculan album ini di kedai yang berhampiran anda… kerana sia akan pastikan yang sia akan beli album nie!!!

P/S: Atas sebab masalah dengan server, sia nda dapat upload lagu nie... so untuk mendengar demo lagu Guminawo Oku Dika, kamu bulilah melawat di blog Dbos-FM di alamat http://dbos-fm.blogspot.com.

Lirik lagu nie eksklusif untuk peminat² Danny F. Malinggi yang mo cari lirik ini. Trimalah Guminawo Oku Dika... (Also For You YAN)
Guminawo Oku Dika
(Danny F. Malinggi)

Id Topurimanan Ku
Ika Noh Songulun
Minanahak Doho
Rati Koposion...

Okito Ku Nopo
Ino Linundus Nu
Orosian Oku
Asanganu Ko Do Suai...

Chorus:
Guminawo Oku Dika
Mantad Nokopiruba Kito
Okon Koh Momudut Oku Dika
Ika Noh Oh Songulun
Id Suang Do Ginawoku...
Koupusanku...



Credits:
1. Moe’s Music Production
2. Mr. Rosly Teo Jr
3. Danny F. Malinggi

Pic Credits:
1. gogds (Mr. George D)

E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...

Add a comment