Tuesday, April 14, 2009 

KE NExt Top Entertainer! FINALE SHOW!!!

For More Info: Please Visit www.kadusmusic.com

TQ! Pounsikou Kotouhuadan! Terima KAsih!!!

Sinding Tokou, Boros Tokou, Tungkus Tokou!

Labels: ,

Wednesday, June 04, 2008 

Thank You, Terima Kasih, Pounsikou, Kotouhuadan (yet again)

Another year, another successful event. Tu yang sia buli cakap. Seperti yang ramai (mungkin) mengetahui, KaDuS Entertainment sekali lagi diberi kepercayaan untuk menganjurkan konsert kaamatan di pentas luar KDCA. Last year (2007) KE cuma diberi masa 1 minggu untuk mengaturkan sebuah konsert. Pening juga kepala untuk mo pikir macam mana mo kasih jalan, but we did it juga lah, walaupun ada slack sana-sini. Tahun ni, Kami meminta kebenaran lebih awal and kami diminta menulis surat. KE tidak menunggu lama dan terus draf and tulis. Sudah kena check, sia fax directly surat tu pigi KDCA. And we got the konsert. Yang paling siok, bila konsert ini disenaraikan sebagai salah satu acara di dalam jadual rasmi Kaamatan KDCA. Sia tambah bangga bila kami berjaya menjalankan konsert ini dengan berjaya, walaupun teda 1 sen pun budget yang kana suntik kepada kami. pakai duit sindri adalah lah. yang penting konsert dapat dijalankan...

Berbeza dengan Konsert Kaamatan tahun lalu, KE menampilkan beberapa perubahan tahun ini untuk lebih memantapkan lagi tahap dan kualiti persembahan dan konsert pada keseluruhannya. Pada tahun ini, KE telah bekerjasama dengan PERTISA, sebuah persatuan artis yang terdapat di negeri ini. Selain ini, bilangan artis yang terlibat juga bertambah. Jika tahun lalu, konsert ini hanya melibatkan kurang 20 artis tempatan, KE dan PERTISA, membawakan hampir 40 orang artis dari seluruh pelusuk negeri Sabah, dengan tujuan untuk memeriahkan Pesta Kaamatan tahun ini dan juga sebagai platform untuk mempromosikan diri, bakat dan juga produk. Ini memberi ruang kepada penambahan masa persembahan yang diperuntukkan. Seperti yang sia cakap tadi, Konsert ini telah tersenarai di dalam atucara rasmi perayaan pesta kaamatan 2008 di KDCA.Jika tahun lalu, KE hanya diberikan 2 jam sahaja, tahun ini KE di peruntukkan 5 jam! Sesuatu yang menarik. Sia bangga juga bila melihat yang konsert ini tidak lagi disinari dengan lampu kalimantang semata-mata tetapi dengan lampu yang lebih cantik lagi.

So my first thank you goes to Power Sound Engineering. Thank You to You Guys for the lighting. Sampai sia kalah betting. I thought the light can't be put in auto mode... wakakakaka... Oh, TQ juga untuk tu walkie talkie, prove to be very useful lah... walaupun ada juga macam si Benn pigi men men... wakakakaka...

Kehadiran penonton juga amat memberansangkan dari tahun lalu. Ini membuktikan yang penghibur dari negeri ini, masih mempunyai peminat tersendiri. Ada juga sia sedar yang ramai penonton tidak berganjak dari tempat duduk sejak dari jam 4.30 hinggalah tamat konsert. Walaupun ada satu ketika pihak petugas KDCA menukar banquet chair kepada kerusi plastik time konsert masih berjalan, namun, penonton tersebut tidak juga meninggalkan tempat tersebut. Kalau sia ada masa, ingin sekali sia personally berjumpa dengan semua penonton ketika itu, dan berjabat tangan tanda terima kasih atas sokongan mereka kepada konsert ini... Without you guys, our concert will be dull... Thank You for coming and supporting us!

I guess, the newspaper also play a big part that contributed to the large crowd turnout. So i personally thank Mr. Boyd PV for the continous promo and report about the concert. TQ Very Much Bro!

Sia nda lupa juga mo ucap thank you kepada pihak KDCA, yang as i said earlier, sekali lagi memberi kepercayaan kepada KE untuk terus menganjurkan konsert ini. Misti sia cakap Terima Kasih kepada En. Harry I. Beatty kerana telah memanjangkan perkara ini kepada Main Implementor Commitee (ngam ka nie?) tentang concert ini dan meyakinkan pihak KDCA yang KE mampu menganjurkan konsert ini. Personally i learn a lot while working with Harry in our previous AF concert and all things that i learned i put it here in our very own Kaamatan Concert... TQ Harry!

To PERTISA, for their undivided support to this concert. Well, we did it all and kalau KE masih diberi kepercayaan next year and kalau teda aral melintang atau masalah, we might be able to joint again... But there is still a long time to go lah... Apapun, pounsikou au gina...

To all the peformer... We couldn't do this successfully without you... TQ, Terima Kasih, Pounsikou, Kotouhuadan to:
1. DIANA STEPHEN TUNING
2. SARAH JOSEPH
3. LEORNARD INGGING (RAJA KAIT!!!)
4. EVARISTUS GUNGKIT (MACAM? KAIT KITA???)
5. MELVIN KALBIN (Johan Sugandoi Kaamatan 2008)
6. ADEX (GUADIK ANSIW)
7. MEEDA HAMZANI
8. ATENG
9. BENN SIMON BUKAG
10. JOVITA ROBERT JOHNNY
11. WILSON
12. APAI (ANDREW PONINTING)
13. AMIE JOBA
14. JACKSON & ROBIN (GUNSANGGONG 2)
15. JOEBIT YASIN
16. JACK SIMON BUKAG
17. THOMAS GADIT (SUNDAIT)
18. TERRY PETER (BRO, YOU ROCK!!!)
19. JESTIE ALEXIUS (I LOVE THAT SONG)
20. EDWARD KATING (MR. BADADANG! AKHIRNYA KOPIRUBA KITOH!!!)
21. ROBBIE ANGKANGON
22. ALBERT MARK (BANGAI!!! BULI BAH MEN KAIT KALAU KO...)
23. MARTHA GINUN
24. ANGELINE SOIBIN (TERIMA KASIH CIKGU)
25. USAL JOHN GAVIS (KO TATAP NAHUUU, TIADA YANG LAIN)
26. NARSISIUS J. MISIN (NI KALI BUKAN EMCEE TERJUN AH...)
27. ATAMA (TQ FOR THE SPECIAL APPEARANCE)
28. WILFRED SINDAM (NDA JUGA KOLUYUNG ROMOU MATO SIA BAH...)
29. S. WELLY (TQ JUGA FOR YOU KNOW WHAT... HEHEHE)
30. JENNY GAISING (WONDERFUL VOCAL...)
31. IVYE ALEXANDRA (KANAPA KO GAGAU AH...? KO NAMPAK AYU MALAM TU... HEHEHE)
32. DANNY F. MALINGGI

Ada yang sia terlupa or termiss kah? sia minta maaf banyak-banyak... please betulkan kalau ada yang tertinggal... Sia mo ambil kesempatan juga untuk mengucapkan tahniah kepada dua orang, JENNY GAISING dan IVYE ALEXANDRA. Walaupun sia cuma cakap DIGALAKKAN, kamu tetap pakai baju tradisi yang buat kami rasa semangat kaamatan betul-betul berada ditahap yang tinggi. And you both look so beautiful malam tu. TQ and Congratulation. Kamu sudah set satu standard yang tinggi sama Konsert Kaamatan ini.

Kalau diikutkan, ramai lai artist yang mahu nyanyi tapi disebabkan beberapa masalah yang nda dapat sia atau artist tu sendiri untuk elak... maka derang nda dapat perform. To all yang call, sms, minta sori, no problem ba that... you will be in my next list of concert if KE kana bagi chance untuk anjur lai konsert sebegini rupa.

Last but not least, sia nda buli buat smua nie satu orang. Sia rasa cukup bertuah yang sia ada satu team CREW yang btul-btul komited dalam buat kerja. It's good to have you people in my team... TQ to:

1. GOGDS & NARS - for being the co-brain behind this concert. We DID IT BRO!!!

2. Mr & Mrs J (Jack & Yan) - brilliant job guys... you make sure that the concert runs smoothly. YAN, len kali guna walkie talkie, nda payah cakap hello... wekekekekeke...

3. ATENG, USAL & MARTHA - for becoming EMCEE in this concert. Ateng & USAL, nda pula sia tau kamu ni buli tahan kalau emcee...

4. JAMES SAMI & BADADANG - TQ kamu jaga tu control box... kucar-kacir kali kalau teda yang jaga tu... TQ.

5. MR. SIMON & PAPAI - TQ for the video

6. PIRUT & BAMBANGAN - kawan baikku sepanjang kaamatan. bah, mana sudah gambar???

... and smua yang terlibat secara lansung ataupun tidak... wekekekeke. TQ

Well, sia nda tau kalau ada siapa-siapa yang baca this artikel. Tapi sia mo says TQ very much sebab kamu baca, and becoming KE member. Sia, gogds, sumandak and smua moderator akan cuba memberi yang terbaik kepada anda semua member KE baik di dalam web ini mahupun di luar web. Remember, KE bukan sekadar website saja, ia lebih dari itu. We have a vision to take KE to a greater height but without your support, it will become imposible. We are slowly there, only time will tell wether we achived it or not. So, TQ very much for your support towards us...

Labels:

Wednesday, November 21, 2007 

SAME Magazine Out Now!

Kepada semua peminat industri hiburan Sabah, Edisi kedua Majalah SAME sudah berada di pasaran.






Ia telah dilancarkan 2 minggu yang lalu and telah berada dipasaran sejak awal minggu ini. Edisi kedua, menampilkan Clarice John Matha, sebagai penghias muka depan. Majalah ini dijual pada harga RM9.00. Keseluruhan majalah ini adalah berwarna (maksud sia ada kaler lah). Antara cerita yang terdapat didalam majalah ini ialah:


- Asmin Mudin (Penulis lirik untuk lagu Gemilang, yang disampaikan oleh Jaclyn Victor pada pertandingan akhir Malaysia Idol.)

- Clarice John Matha (Sabahan equivalent to Datuk Seri Siti Nurhaliza - (some people say lah))

- Reynaldo Paigie (The winner of the Suara Emas Bintang RTM 2007) ... and much more...

Jangan lupa dapatkan pada harga yang berpatutan, RM9 sahaja!!!.

Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk mendapatkan majalah ini (keutamaan diberikan kepada mereka yang berada di luar kawasan jangkauan), anda boleh hubungi saya di:
markiekadus@yahoo.com
ataupun melawat laman web KaDus Entertainment di:
http://www.kadusmusic.com
untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan majalah ini.

KaDus Entertainment adalah laman web rasmi untuk SAME Magazine.


SAME Magazine TEAM
KaDuS Entertainment (KE)

Labels:

Wednesday, February 22, 2006 

Pindah Rumah...

Hello kepada smua pengunjung KaDuS Entertainment™. Sukacitanya sia mo maklumkan yang KaDuS Entertainment™ akan berpindah ke web hosting baru di alamat, http://kadusmusic.tambalut.com

Dengan berpindahnya hosting ini, peminat muzik-muzik kadazandusun amnya akan dapat lebih berinteraksi sesama sendiri dan dan dapat meluahkan pandangan mahupun pendapat dengan cara yang lebih efisyen. Diharapkan anda akan enjoy penglibatan anda di dalam KaDuS Entertainment™. Sila daftarkan diri kedalam laman web tersebut untuk menikmati lebih banyak informasi terbaru.

Sekian,
KaDuS
http://kadusmusic.tambalut.com
kadusmusic@yahoo.com

Credits:
1. gogds
2. sumandak

Thursday, February 16, 2006 

Pusakag Rep @ Kuala Lumpur

Berita baik kepada mereka yang berada di KL dan sekitarnya. Terutamanya kepada peminat Album Kompilasi Pusakag 3.

Kepada peminat Pusakag yang berada di Kuala Lumpur & sekitar, wakil Pusakag akan berada di Kuala Lumpur (Cititel Hotel Midvalley) pada 16 - 17 Feb 2006. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan album baru Pusakag 3 (MTV). Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi En. Alex (0168486660)
email : alexander@pusakag.com

Bah apa lai, jan lepaskan peluang ini... sekian terima kasih

Tuesday, February 14, 2006 

Album Review - Ivye Alexandra

Album Review
Hiti Oku Poingandad
Iyve Alexandra



     Hello! Kali sia akan review sebuah lagi album terbitan Moe’s Music Production, iaitu album solo pertama dari Ivye Alexandra. Lagu famous Ivye ni off course lagu Hiti Oku Poingandad. Namun lagu nie tidak mempunyai nasib sebagus lagu Danny F. Malinggi, Donovan Linus Niculas dan Julie & Shirley Soligon yang bertahan agak lama dalam carta Bontugan Sinding. Tidak dapat di pastikan mengapa, tapi lagu ni masih menjadi favourite ramai orang hingga kini. Sebenarnya tidak sukar untuk membezakan lagu² nyanyian Ivye ni, kerana keunikan vokalnya. Sekali dengar ja mesti urang akan tahu yang lagu tu adalah milik Ivye Alexandra. Suara Ivye nie buli sia kategorikan dalam jenis Husky. Sia suka part yang pandai nohiot bukan kerana vocal rusak but memang semula jadi… ini yang membuatkan vocal Ivye ni kedengaran unik.
     Ivye Alexandra ni merupakan anak kelahiran daerah Tambunan tetapi menetap dan membesar di Sandakan (kalau sia nda silap). Karier nyanyiannya bermula di kelab² malam dan bakatnya di kesan oleh penerbit Moe’s Music Production Rosly Teo Jr. Awal tahun lalu (2005) Ivye telah merakamkan lagu bersama² artis Moes Music untuk Album Kompilasi Upus 1: Sinding² Piginawaan. Lagu yang dinyatakan di atas merupakan single pertama Ivye dan dari situlah nama Ivye semakin berkembang. Cerita tentang Ivye akan sia teruskan pada masa akan datang oleh itu kita tumpuhkan kepada album ini.
     Seperti yang sudah sedia maklum, Album ini diterbitkan dan di edarkan oleh Moe’s Music Production. Terdapat 10 buah lagu yang terdapat di dalam album ini dan ia merangkumi pelbagai genre. Album ini juga mendapat sentuhan beberapa komposer dan penyanyi negeri Sabah yang kebanyakannya dari Moes Music Sendiri. Apa kata kita go through to each of the song in this album…

1.     Hiti Oku Pingandad
        (Lagu: Sekar Madusa / Lirik: Donovan Linus Niculas
Seperti biasa lagu nie merupakan single pertama dalam album Ivye dan    merupakan juga lagu yang telah menaikkan nama Ivye. Lagu berentak rock Ballad nie cukup mudah dihayati melodinya. 1st time sia dengar lagu ni, mimang trus sia teradmire. Lirik dia yang begitu touchie ditambah lagi dengan keunikan vokal Ivye… well sia Cuma buli cakap this is a marvelous song!
     THIS IS A RECOMMENDED SONG

2.     Tusak-Tusak Piginawaan (Lagu & Lirik: Sekar Madusa)
     Lagu genre pop rock ini adalah antara my fevret song. Ada upbeat lagu nie dan really make my day everytime listening to it. I think the excellent music arrangement was the key to this song. Sia buli katakan lagu ni memang simple dari segi melodi that’s why tiada sebarang masalah untuk menghayatinya. I wonder, kalau lagu nie buat remix hip-hop dengan seorang yang buat rapping, excellent! Mr. Rosly…?
THIS IS A RECOMMENDED SONG

3.     Suhat Nosuhot Wagu (Lagu & Lirik: Jeffry Martin @ Poyee)
     Lagu ni sia nda pandai mo kasi genre  dia… poprock pun buli kali… ekekekekeke. Ditulis oleh Poyee, salah seorang member kumpulan Bili-Bili Do. Poyee juga merupakan antara pengarah telemovie di negeri Sabah ini. Lagu ni besa saja bagi sa, Cuma muzik dia ada kelainan sikit. Ekekekeke. Have a listen to it and u might notice the different!

4.     Tadau Pinirubaan Toh (Lagu & Lirik: Jeffrey Martin @ Poyee)
     Satu lagi lagu hasil nukilan Poyee. Lagu kali ni rancak… Ada beat twist, rock & roll. Ahaks… I like this song. Bagi sia, rentak atau beat lagu nie sesuai dengan jalan cerita dia. I mean apa yang ditulis dalam lirik dia tu. Ekekekeke. Sia nda akan cakap banyak but sia buli cakap yang lagu ni will make u wanna dance!!!
THIS IS A RECOMMENDED SONG

5.     Sundung Ingga Kono
(Lagu: Ivye Alexandra & Rosly Teo JR / Lirik: Ivye Alexandra)
     Percubaan Ivye Alexandra untuk menulis lagu dan lirik di tonjolkan dalam lagu nie, walaupun lagu adalah hasil nukilan bersama Penerbit Moe’s Music, Rosly Teo Jr. Lagu balada ini mempunyai mood yang agak sedih. Ini boleh dilihat daripada tajuknya. I’m not good at judging vocal, tapi lagu nie benar² mencabar vocal Ivye. I kindda like this song actually.

6.     Kada Kito Ponongkiala (with Sekar Madusa)
     (Lagu & Lirik: Sekar Madusa)
     Lagu duet dengan penyanyi “Upus-Upuson Ku Yaa” , Sekar Madusa. Lagu ni antara yang yang memang telah menarik minat sia bila sia dengar di radio tempoh hari. Hebat lagu nie. Melody dia memang simple dan mudah dihayati. Ditambah dengan lirik yang indah. Sia suka part chorus lagu nie. Memang best kalau berduet dengan sumandak or tanakwagu yang sedang dilamun cinta kaka… Eagerly waiting for the release of this karaoke!
THIS IS A RECOMMENDED SONG

7.     Kanou Tokou Misompuru (Lagu & Lirik: Sekar Madusa)
     Kalau sia translate tajuk lagu ni dalam Bahasa Melayu, ia bermaksud, “Mari Kita Bersatu”. So lagu nie bulilah dikategorikan sebagai lagu patriotik. Bukan sembarangan punya patriotik oh. Lagu ni ada elemen rock sikit. Pemulaan dia ada iras² lagu Jimmy Palikat – Pokitononku. Tapi bukan samalah. Iras² saja. First time dengar, sia admit yang sia teringat lagu Jimmy Palikat, tapi dua, tiga kali, sia realize yang lagu nie memang len. Okay bah lagu nie…

8.     Yoku Ie Humarap (Lagu/Lirik: Sekar Madusa)
     Ini ialah lagu fevret sia dalam album nie. Mimang dulu Hiti Oku Poingandad merupakan lagu fevret sia, tapi bila sia dengar lagu nie di radio, sia agak terpegun. Mimang sia tau lagu nie adalah nyanyian Ivye, walaupun itu DJ belum announce sepa penyanyi dia. Off Course Suara dia yang buat sia kenal. Lagu nie berentak Rock Ballad, yang menceritakan tentang seorang sumandak yang mengharap agar dia disayangi oleh tanakwagunya. Lagu ni memang emosional. Based on the lyric and the melody. Music Arrangement juga sia buli cakap EXCELLENT! Ada tu part yang berbeza daripada lagu² len di first verse. Kalau kamu sedar! Lagu nie memang akan jadi HITS! Trust me!
THIS IS A RECOMMENDED SONG

9.     Joget Magandad Tadau Sumilau (Lagu & Lirik: John Angus)
     Lagu dari hasil nukilan komposer yang sia tidak pernah dengar sebelum nie. Tapi dia tidak menghampakan sia. Jan pula sepa² tertanya² apa genre lagu nie. Off course lah joget. Sudah ditulis tu sana tajuk dia. Lagu nie bagi sia ada part yang funny sikit iaitu, inilah first time sia dengar lagu joget untuk waktu subuh! Ahaks… Trus sia tertanya kama sama diri sia, adakah urang berjoget di awal pagi, sambil menunggu matahari terbit… adeh! Tapi teda hal gia. Sekadar lagu, dan mimang lagu nie menghiburkan. Walaupun lirik dia agak pindik sebab di ulang tiga kali. Ahaks… Tapi siuk kama lagu nie….

10.     Kaamatan Norikot Wagu (Lagu & Lirik: Sekar Madusa)
     Mimang tidak miss kebanyakan album baru sekarang, misti ada lagu kaamatan. Okay lah bah. Sekurang²nya anak² muda tidak lupa dengan kebudayaan kita kan!. Kepada mereka yang ada baca previous album review sia, ada yang sia komen tentang lagu kaamatan berentak sumazau, tapi teda elemen kaamatan seperti mamangkis or even alat music traditional. Lagu nie… ADA! Permulaan saja kita akan dengar paluan gong dari Kumpulan Magagagung Kg. Sulim Kinarut.Trus idup gia mood kaamatan sia, walaupun masih lama lagi mo sampai kaamatan. Ahaks… Kalau tidak silap telinga sia yang agak tuli kali nie, sia macam ada dengar bunyi bungkau. Which is good actually. Cuma satu jak sia mo komen; kenapa gong tu tidak diteruskan sebagai muzik background. Maybe lagu nie akan lebih kedengaran siuk. Ahaks…
THIS IS A RECOMMENDED SONG

So
Conclusions…
     1 tahun sia menanti kemunculan album nie dan once dia muncul, album ni sebenarnya tidak mengecewakan sia. Sia terpegun dengan kesemua lagu yang terdapat di dalam album nie. Vocally sia tidak akan sentuh, tapi tidak keterlaluan kalau sia cakap yang lagu-lagu yang terdapat di dalam album ni amat sesuai dengan keunikan vokal Ivye. Walaupun masih bergelar pendatang baru dalam Industri Muzik Tempatan, Namun Ivye kelihatan seperti sudah lama mencipta nama. Ini mungkin kerana pendedahannya kepada dunia hiburan sebelum ini. Ini amat ketara dilihat semasa Pelancaran Album Ivye Alexandra di Buhavan Square, Donggongon.
     Tentang Album ni pula, kepelbagaian genre lagu membuatkan album ni adalah antara album yang menarik tahun ini. Sia suka dengan album yang ada rentak joget, sumazau, rock, twist dan sudah semestinya balada. Well sia brani cakap yang kamu nda akan rugi bila membeli album nie. Ia boleh didapati dalam bentuk Kaset (RM13.90), CD (RM19.90) dan MTV Karaoke (RM sia belum pasti lagi). Memang suatu pembelian yang amat berbaloi.
     Untuk tahun nie sia akan ubah cara review sia sikit, dengan memberikan 3 lagu fevret sia yang terdapat dalam album nie. Tiga lagu ini akan disusun mengikut mana satu sia suka. So kira sia punya pandangan lah.
Kalau diikut bukan tiga saja yang sia suka… tapi since sia sudah cakap Top 3 Favourite Song, sia akan letak 3

Album: Ivye Alexandra – Hiti Oku Poingandad
Singer: Ivye Alexandra
KaDuS Top 3
  1. YOKU IE HUMARAP

  2. HITI OKU POINGANDAD

  3. KADA KITO PONONGKIALA (with Sekar Madusa)

KaDuS Entertainment Rating:     4½ STAR
THIS ALBUM IS RECOMMENDED

P/S:
Review Ni Adalah based on my personal view... nda semestinya overall view dari semua orang. Sia nda bermaksud mo kasih rendah-rendah sesebuah lagu or artis and i'm not biased toward any artis or song. Motif sia adalah untuk memperkenalkan lagu² Kadazan Dusun kepada semua peminat dan bukan peminat... dan review ni hanya sekadar guideline. Citarasa kita memang berbeza... but sia pasti satu yang sama adalah... Kita sama² menyokong Industri Muzik Sabah... Cool! So Enjoy...

Dalam memastikan industri muzik tempatan terutamanya dalam Negeri Sabah ini berdaya saing dan mampu bertahan lama, BELILAH CD/KASET YANG TULIN. Hanya kita, peminat, yang mampu menaikkan martabat industri muzik kita dan kita juga mampu menjatuhkannya. Sokonglah Industri Muzik Tempatan Sabah dan belilah yang Original! Bulih Bah Tu...

-KaDuS-
©KaDuS Entertainment 2006™
kadusmusic@yahoo.com

Saturday, February 04, 2006 

Danny F. Malinggi

Danny F. Malinggi mendendangkan lagu Kakal Oku Daa dan Kada Oku Sindualai Di Konsert Amal Linda di KDCA

Masih ingatkan anda dengan lagu “Guminawo Oku Dika” atau “Kada Oku Sindualai” nyanyian Danny F. Malinggi. Nama yang telah menggegarkan industri muzik tempatan suatu ketika dulu. Lagu Guminawo Oku Dika merupakan single pertama yang memperkenalkan nama Danny F Malinggi kepada peminat-peminat muzik kadus. Lagu balada yang cukup indah ini juga merupakan lagu yang amat saya minati sehingga masa ini. Saya cukup bertuah apabila secara tidak lansung bekerja bersama-sama Danny F. Malinggi semasa menjayakan Konsert Amal Linda tempoh hari. Saya telah ditugaskan untuk mengurus artis-artis tempatan untuk membuat persembahan pembukaan konsert tersebut dan Danny F. Malinggi adalah salah seorang artis yang telah saya libatkan. Saya masih mengingati lagi sahabat saya Davelynn (sumandak) yang telah menyenaraikan Album Solo Danny F. Malinggi sebagai album yang paling diingininya beberapa tahun lalu. Ya… beberapa tahun lalu. Bukan Davelynn seorang saja yang ternanti-nanti akan kemunculan album ini malah ramai lagi peminat-peminat lagu kadus tertanya-tanya bilakah album ini akan berada dipasaran.
Bagi menjawap pertanyaan ini, saya telah berkesempatan untuk berjumpa dengan Penerbit Eksekutif Moe’s Music Production iaitu En. Rosly Teo Jr. Moe’s Music Production merupakan syarikat yang bakal menerbitkan album sulung Danny F. Malinggi ini. Menurut En. Rosly, sebenarnya memang sudah lama pihak Moe’s Music ingin menerbitkan Album Danny F. Malinggi. Beliau juga menyedari tentang permintaan peminat namun terdapat sedikit masalah kecil yang terpaksa dihadapi. Danny F. Malinggi berada di Semenanjung Malaysia atas urusan pembelajaran dan pekerjaan. Adalah tidak adil bagi Danny dan peminatnya sekiranya penerbitan album diteruskan tanpa Danny. Menurut En. Rosly “Adalah tidak adil sekiranya kami melancarkan album Danny F. Malinggi tanpa kehadiran penyanyi tersebut.Kami mahu memberi peluang kepada peminat untuk mendekati dan mengenali Danny F. Malinggi dengan lebih dekat. Oleh sebab itulah kami menangguhkan dulu penerbitan album Danny F. Malinggi”. En. Rosly Teo Jr. juga menafikan khabar angin yang mengatakan bahawa masalah kewangan merupakan faktor mengapa Album Danny F. Malinggi lambat diterbitkan. “Sekiranya masalah kewangan menjadi faktor, kami mungkin tidak mampu untuk menerbitkan album-album artis selepas Danny F. Malinggi.” Tambahnya lagi.
Sebenarnya berita tentang kemunculan album Danny F. Malinggi ini telah disiarkan di akhbar tempatan suatu ketika dahulu. Antara petikan yang saya masih ingat ialah, Danny F. Malinggi hanya mampu merakamkan lagu sekiranya kembali bercuti di negeri ini. Keadaan ini memang menyukarkan Danny sendiri dan pihak Moe’s Music Production. Ketika peminat mula merasa hampa kerana menunggu lama, pihak Moe’s Music sekali lagi memberi petanda dengan melibatkan Danny didalam album kompilasi terbitan Moe’s Music tahun lalu iaitu Album Upus 1: Sinding Piginawaan. Kerinduan peminat Danny F. Malinggi mula terubat dengan tersenarainya lagu Guminawo Oku Dika didalam album tersebut dalam bentuk kaset dan VCD Karaoke, walaupun lagu Danny hanya demo dan bukan karaoke.
Kepada peminat-peminat Danny F. Malinggi dan semua peminat lagu-lagu kadus yang ternanti-nanti kemunculan album Danny ini ada berita baik untuk anda. Album ini akan berada di lancarkan dalam tahun ini. En. Rosly Teo Jr, telah memberi jaminan bahawa Danny F. Malinggi kembali ke Sabah. “He’s Back For Good”. Dalam kenyataan yang berasingan En. Rosly Teo Jr. dan Danny F. Malinggi sendiri meminta agar peminat terus bersabar kerana album ini akan berada dipasaran tidak lama lagi.

KaDuS bilang…
Akhirnya… album yang mimang lama sudah sia tunggu. Mimang sia akan aim album ini. Even if sia terpaksa pigi tunggu sana pintu pejabat Moe’s Music Production, Sia Sanggup!!! Ekekekekeke…. Well, Danny F. Malinggi memang sini sudah Sabah dan bekerja sana *tuuut* ekekekekeke… Kepada yang ada pigi konsert Amal KDCA/Maestro tempoh hari dan pelancaran Album Ivye Alexandra di Buhavan Square, Donggongon, kamu berpeluang mendengar single terbaru Danny F. Malinggi yang bertajuk Kakal Oku Daa. Lagu ni memang best gila sia kasih tau kamu. Setanding dengan lagu² dia sebelum ni. Setakat ni sia uda dengar 5 buah lagu Danny iaitu Guminawo Oku Dika, Kada Oku Sindualai, Gisom Sogigisom (kalau nda silap tajuk dia, lagu kadazan bah nie), (sia nda ingat satu tajuk nie lagu) dan Kakal Oku Daa. 5 buah lagu yang sia buli katakan Excellent! So nantikan kemunculan album ini di kedai yang berhampiran anda… kerana sia akan pastikan yang sia akan beli album nie!!!

P/S: Atas sebab masalah dengan server, sia nda dapat upload lagu nie... so untuk mendengar demo lagu Guminawo Oku Dika, kamu bulilah melawat di blog Dbos-FM di alamat http://dbos-fm.blogspot.com.

Lirik lagu nie eksklusif untuk peminat² Danny F. Malinggi yang mo cari lirik ini. Trimalah Guminawo Oku Dika... (Also For You YAN)
Guminawo Oku Dika
(Danny F. Malinggi)

Id Topurimanan Ku
Ika Noh Songulun
Minanahak Doho
Rati Koposion...

Okito Ku Nopo
Ino Linundus Nu
Orosian Oku
Asanganu Ko Do Suai...

Chorus:
Guminawo Oku Dika
Mantad Nokopiruba Kito
Okon Koh Momudut Oku Dika
Ika Noh Oh Songulun
Id Suang Do Ginawoku...
Koupusanku...



Credits:
1. Moe’s Music Production
2. Mr. Rosly Teo Jr
3. Danny F. Malinggi

Pic Credits:
1. gogds (Mr. George D)