« Home | Romou-Romou Matoku - Vera Albert (Pusakag 3) » | Album Review - Pusakag 3 » | Coming Soon... (jap lai) » | Album Review - Meeda Hamzani » | Variasi 2005 - Album Review - » | ALDRO JOHN GAISAH - ALBUM REVIEW - » | Nokosuai Ginawo Ku - Felix Agus » | KDM IDOL 2005: Live Konsert VCD » | Can't Stop The Sumazau Pt 2 » | Another Latest News From ATAMA Himself!!! » 

Thursday, December 29, 2005

Bye Bye 2005, Hello 2006

Hello Kepada Semua Peminat KaDuS Entertainment Page (I mean Blog!)
Okay Tahun 2005 melihatkan kemunculan banyak bintang² baru dalam industri hiburan tempatan khususnya lagu² dan produk KaDuS. Kemunculan artis² bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Persaingan Sihat ini amat menyenang kan mata sia memandang. I like Variety! Sampai sia nda buli kejar album² yang baru nie…

Negeri Sabah juga berjaya melahirkan Bintang dalam pertandingan peringkat kebangsaan tahun ini. Nama² besar yang sia maksudkan, tentu semua sudah tahu. Felix Agus, Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Popular dengan lagu Dusun bertajuk Toguangonku Koposionku yang menjadi pernah menjadi juara Carta lagu² Dusun, mengambil suatu keputusan yang bijak dengan menyertai Akademi Fantasia 3. Walaupun banyak cerita² uyang nda best mengenai pertandingan nie, Felix Tetap Maintain! Seperti Ada aura, bilasaja lagu Felix di mainkan diRadio, Semua orang akan tenang mendengarnya. Dulu Album Bontugan Sinding (Album Kompilasi Pertama Felix) macam nda laku ja kana jual… tapi bila Felix uda semakin popular, album tu macam pisang panas… Sekejap jak abis… dari tinjauan yang sia buat di sebuah kedai di kaset, derang mengaku yang Album Sinding Bontugan tu, menjadi pilihan bukan saja dari warga KaDuS, tetapi juga dari bangsa lain! Cool! Credit ni sia berikan juga kepada Marsha dan Yazer. Then Kita ada Nikki (MI) yang akhirnya berjaya mengeluarkan album berjudul Maharani. Then Adam dan Linda (AF2) masing masing berjaya dalam tahun 2005 ini. Linda yang selama ni membisu akhirnya mengeluarkan album pertama. Long awaited album lah di kirakan! Adam pula menjadi gabungan dengan KRU Semakin Mantap. Single Terbaru Adam berjudul “Jatuh” miming best gila kalau di dengar… Kita ada Gracie(Audition), Sharnel, Pet dan banyak lagi yang sia lupa… All the Best! Ini membuktikan Sabah tidak ketandusan bakat nyanyian!

     Balik di negeri Sabah. Pertandingan² berasaskan undian menular pula kedalam negeri ini. Dua pertandingan besar yang di anjurkan oleh dua syarikat (besarlah) menyerlahkan kemampuan bakat² baru. KDM Idol dan Idola Sabah adalah dua pertandingan yang sia perkatakan. KDM Idol telah melahirkan lima penyanyi berbakat besar di dahului degan juaranya, Reno Rodney Fabianus. Idola Sabah sia nda ingat sepa juara dia tapi lagu² yang terdapaty dalam album Idola Sabah memang mengancam. Then kita ada Ateng (Norubat Piginawaan) Sebuah lagu yang memukau pendengar² radio. Banyak lagi artis² baru yang muncul… Seperti Saldivianna Wences yang baru berumur 15tahun tetapi mempunyai kekuatan vocal yang menawan… Charlene Petrus Edwin Edin, nama yang mungkin asing bagi kamu semua, tetapi kemantapan vocal beliau untuk lagu Izou Nasansagan, Iziau Sinansagan (Or something like that…) berjaya menambat hati peminat di radio.

     HipHop, Genre yang agak asing dan bertentangan dengan budaya KaDuS, tetapi mendapat tempat di hati peminat. Pioneer, sudah pasti sia berikan kepada my bro, Andrew Mudi (ATAMA). Satu percubaan yang berani dan ia memang membuahkan hasil! Diikuti dengan kemunculan warisan kepada lagenda Music Sabah, Aldro John Gaisah. Genre hiphop ini di teruskan oleh beberapa artis baru dan sia pasti next year lebih banyak hiphop act yang akan muncul!

     Sia masih lagi mo tunggu kemunculan Album Danny F. Malinggi dan Ivy Alexandra. Dua penyanyi yang berjaya menarik minat pendengar dengan lagu hits mereka. Danny dengan Guminawo Oku Dika & Kada Oku Sindualai  dan Ivy dengan Hiti Oku Poingandad! Hopefully by next year, Album derang akan kluar! Seriously banyak lagu yang best ni tahun. Macam tahun menuai pula…  Tahniah kepada semua penggiat seni Negeri Sabah.

KaDuS Entertainment akan membuat beberapa pembaharuan Next Year. Ni kira azam lah nie. Sia akan cuba menjadikan page ni lebih interactive dan mesra pengguna. Lebih banyak penglibatan dari smua fans. Juga penglibatan artis di sini menjadi one of my planning! It’s hard, tapi itu lah yang akan membuatkan sia mo lagi! Ahaks… Next Year, sia akan review dua product lama, iaitu MTV Karaoke Fhilix Don dan MTV Karaoke KDM Idol 1. So kamu tunggu saja…

Sia dan semua yang terlibat dalam KaDuS Entertainment ni ingin mengucapkan Selamat tahun Baru Kepada semua Penyanyi, Pencipta Lagu Pelakon dan Peminat semua. Di harapkan tahun 2006 akan melahirkan lebih banyak penghibur yang akan mewarnai industri hiburan negeri ini! Selamat Bercuti! –Sia Pun Mo Bercuti juga!-

©KaDuS Entertainment™ 2005
kadusmusic@yahoo.com

E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...

Add a comment