« Home | Can't Stop The Sumazau Pt 2 » | Another Latest News From ATAMA Himself!!! » | Album Review: Saldivianna Wences » | Latest From ATAMA Himself!!! » | For DEREK!!! Sori Lambat » | Pusakag: Manambagas 1 Review » | ATAMA - My Tribal Roots Review » | Opening Post!!! » 

Wednesday, July 20, 2005

KDM IDOL 2005: Live Konsert VCD

KDM IDOL 2005
Various Artist


Lama nda update ni page... Well sia akan tukar ni page punya view. Tapi nantilah, sia dapat lu template yang bagus. Coz kalau mo design sia mana pandai... ahaks... Okay sikarang sia mo review ni satu VCD yang sia beli. Akculi dia lama sudah di pasaran cuma sia yang lambat beli. VCD ini ialah KDM IDOL 2005: Live Konsert. Konsert ini telah di adakan tu ari... bulan lima bah tu but sia lupa, and tempat dia di salah sebuah dewan di KK. Pun nda ingat dimana tu.
Okay VCD ini sudah kana cakap Live Concert kan, so dia punya dalam tataplah Concert Live KDM IDOL. Akculi ni yang final punya yang disertai oleh lima Finalis KDM IDOL 2005 iaitu, Fran, Fredo, Nabila, Reno dan Leena. Turut muncul dalam VCD ni ialah Abu Bakar Ellah (Ampal) sebagai Hos dan 3 orang Juri iaitu, Asmin Mudin, Clarice John Matha dan Amat Angkie. Macam stail AF or Malaysia Idol jak ni... tapi okay apa. Sabahan Style. Keseluruhan bahasa yang di gunakan dalam VCD ni selain lagu dalam bahasa Dusun ialah Bahasa Sabah! Itu bah... anu tu... ahaks...
Lets Go trough.
VCD ni ada dua part that is:Part One:(Disc One)
Lagu² baru yang dicipta oleh komposer terkenal dan dinyanyikan oleh lima finalist KDM IDOL 2005. Ada 7 Part dalam CD ni iaitu:
1. Lagu Pembukaan Oleh Finalist KDM IDOL 2005
2. Rati Dot Piupusan - Fran
3. Kakal Poh Poingupus - Fredo
4. Au Kopikito - Nabilla
5. Milangad-Langad Toh - Reno
6. Sinding Ponisiou - Leena
7. Sinding Monori Tori - Skyline Artist

Part Two:(Disc Two)
Lagu² yang pernah dinyanyikan oleh Artis² Skyline.Ada 6 Part dalam VCD ni iaitu:
1. Tadau Kaamatan - Fran
2. Tulun Tokou - Fredo
3. Salam Dot Pitongkiadan - Nabilla
4. Sayang Kinabalu - Reno5. Nunu Poduli - Leena6. Penutupan Lagu KDM IDOLIa di susuti dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.
Dalam VCD ni ada banyak lawak dan celoteh dari Ampal dan komen² bernas dari juri² yang terlibat.

Orait kih.. Dalam ni VCD akculi ada few weak point dia. That is the sound sistem. Sia hampir nda dapat dengar dengan jelas apa yang kena nyanyi atau cakap. Tapi since ini live konsert kan... so kira first time juga kita buat benda macam ni di Negeri ni... so tidak apalah. Satu lai, kamera shot dia memang okay sudah, tapi sia rasa macam masih ada yang kurang. Tapi nda apa. Coz kira ni percubaan yang baik dari Skyline untuk memartabatkan industri musik tempatan kita. Tahniah kepada Skyline.

Okay kita pigi sama lagu. Sia akan fokus kepada 5 lagu baru ni... but sia cuma pilih 3 of my favourite lah. Akculi lagu² ni memang smua best coz ia cipta berdasarkan jenis vokal yang dimiliki oleh peserta. So memang berbeza dan ia amat best. Kalau ikut ranking sia, kira ni ranking lagu lah yang menjadi fevret sia ialah:
1. Milangad-Langad Toh - Reno
2. Rati Dot Piupusan - Fran
3. Sinding Ponisiou - Leena
4. Au Kopikito - Nabilla
5. Kakal Poh Poingupus - Fredo

Tiga lagu yang betul² buat sia dapat feel dia punya feeling is yang top three. Especially lagu si Reno and si Fran. First Time sia dengar masa derang kana interview di Radio tu ari, trus fall in love kaka. Siok bah. Lagu Milangad-Langad Toh ada sikit² macam lagu Roger Alum especially yang permulaan dia. But kalau diamati betul² memang ada beza dia sikit. Sia suka part korus lagu nie. Reno ialah Juara KDM Idol 2005 dan performance dia pada malam konsert mimang Power!
Lagu si Fran pula tottaly new. Tapi tulah first time sia dengar memang sia suka trus. Mimang ngam vokal dia sama tu lagu. Perfect! Ini dua lagu yang sia rekomen sama smua peminat lagu² Kadus. Lagu len pun sia rekemen juga. Coz seperti yang sia cakap tadi, lagu dia smua memang siok, cuma ada beberapa kelainan berpandukan Vokal peserta.

So Sia harap akan ada atleast album kompilasi dalam bentuk Kaset, CD Audio or even better kalau ada dalam VCD Karaoke. Walau macammana pun sia tetap cakap VCD ni okay coz sia buli cakap ia yang pertama seumpamanya di Sabah. Memang nda dinafikan banyak lai kelemahan terutama dari segi Audio, tapi nda pa. Budak pun belajar monungkamang lu baru buli jalankan.

So untuk VCD Live Konsert KDM IDOL 2005 Sia bagi 3 STAR.

E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...

Add a comment