« Home | Danny F. Malinggi » | MTV Pusakag 3 » | Pelancaran Album Ivy Alexandra @ Buhavan Square, D... » | Oliver George Mool - Album Review » | Bye Bye 2005, Hello 2006 » | Romou-Romou Matoku - Vera Albert (Pusakag 3) » | Album Review - Pusakag 3 » | Coming Soon... (jap lai) » | Album Review - Meeda Hamzani » | Variasi 2005 - Album Review - » 

Tuesday, February 14, 2006

Album Review - Ivye Alexandra

Album Review
Hiti Oku Poingandad
Iyve Alexandra



     Hello! Kali sia akan review sebuah lagi album terbitan Moe’s Music Production, iaitu album solo pertama dari Ivye Alexandra. Lagu famous Ivye ni off course lagu Hiti Oku Poingandad. Namun lagu nie tidak mempunyai nasib sebagus lagu Danny F. Malinggi, Donovan Linus Niculas dan Julie & Shirley Soligon yang bertahan agak lama dalam carta Bontugan Sinding. Tidak dapat di pastikan mengapa, tapi lagu ni masih menjadi favourite ramai orang hingga kini. Sebenarnya tidak sukar untuk membezakan lagu² nyanyian Ivye ni, kerana keunikan vokalnya. Sekali dengar ja mesti urang akan tahu yang lagu tu adalah milik Ivye Alexandra. Suara Ivye nie buli sia kategorikan dalam jenis Husky. Sia suka part yang pandai nohiot bukan kerana vocal rusak but memang semula jadi… ini yang membuatkan vocal Ivye ni kedengaran unik.
     Ivye Alexandra ni merupakan anak kelahiran daerah Tambunan tetapi menetap dan membesar di Sandakan (kalau sia nda silap). Karier nyanyiannya bermula di kelab² malam dan bakatnya di kesan oleh penerbit Moe’s Music Production Rosly Teo Jr. Awal tahun lalu (2005) Ivye telah merakamkan lagu bersama² artis Moes Music untuk Album Kompilasi Upus 1: Sinding² Piginawaan. Lagu yang dinyatakan di atas merupakan single pertama Ivye dan dari situlah nama Ivye semakin berkembang. Cerita tentang Ivye akan sia teruskan pada masa akan datang oleh itu kita tumpuhkan kepada album ini.
     Seperti yang sudah sedia maklum, Album ini diterbitkan dan di edarkan oleh Moe’s Music Production. Terdapat 10 buah lagu yang terdapat di dalam album ini dan ia merangkumi pelbagai genre. Album ini juga mendapat sentuhan beberapa komposer dan penyanyi negeri Sabah yang kebanyakannya dari Moes Music Sendiri. Apa kata kita go through to each of the song in this album…

1.     Hiti Oku Pingandad
        (Lagu: Sekar Madusa / Lirik: Donovan Linus Niculas
Seperti biasa lagu nie merupakan single pertama dalam album Ivye dan    merupakan juga lagu yang telah menaikkan nama Ivye. Lagu berentak rock Ballad nie cukup mudah dihayati melodinya. 1st time sia dengar lagu ni, mimang trus sia teradmire. Lirik dia yang begitu touchie ditambah lagi dengan keunikan vokal Ivye… well sia Cuma buli cakap this is a marvelous song!
     THIS IS A RECOMMENDED SONG

2.     Tusak-Tusak Piginawaan (Lagu & Lirik: Sekar Madusa)
     Lagu genre pop rock ini adalah antara my fevret song. Ada upbeat lagu nie dan really make my day everytime listening to it. I think the excellent music arrangement was the key to this song. Sia buli katakan lagu ni memang simple dari segi melodi that’s why tiada sebarang masalah untuk menghayatinya. I wonder, kalau lagu nie buat remix hip-hop dengan seorang yang buat rapping, excellent! Mr. Rosly…?
THIS IS A RECOMMENDED SONG

3.     Suhat Nosuhot Wagu (Lagu & Lirik: Jeffry Martin @ Poyee)
     Lagu ni sia nda pandai mo kasi genre  dia… poprock pun buli kali… ekekekekeke. Ditulis oleh Poyee, salah seorang member kumpulan Bili-Bili Do. Poyee juga merupakan antara pengarah telemovie di negeri Sabah ini. Lagu ni besa saja bagi sa, Cuma muzik dia ada kelainan sikit. Ekekekeke. Have a listen to it and u might notice the different!

4.     Tadau Pinirubaan Toh (Lagu & Lirik: Jeffrey Martin @ Poyee)
     Satu lagi lagu hasil nukilan Poyee. Lagu kali ni rancak… Ada beat twist, rock & roll. Ahaks… I like this song. Bagi sia, rentak atau beat lagu nie sesuai dengan jalan cerita dia. I mean apa yang ditulis dalam lirik dia tu. Ekekekeke. Sia nda akan cakap banyak but sia buli cakap yang lagu ni will make u wanna dance!!!
THIS IS A RECOMMENDED SONG

5.     Sundung Ingga Kono
(Lagu: Ivye Alexandra & Rosly Teo JR / Lirik: Ivye Alexandra)
     Percubaan Ivye Alexandra untuk menulis lagu dan lirik di tonjolkan dalam lagu nie, walaupun lagu adalah hasil nukilan bersama Penerbit Moe’s Music, Rosly Teo Jr. Lagu balada ini mempunyai mood yang agak sedih. Ini boleh dilihat daripada tajuknya. I’m not good at judging vocal, tapi lagu nie benar² mencabar vocal Ivye. I kindda like this song actually.

6.     Kada Kito Ponongkiala (with Sekar Madusa)
     (Lagu & Lirik: Sekar Madusa)
     Lagu duet dengan penyanyi “Upus-Upuson Ku Yaa” , Sekar Madusa. Lagu ni antara yang yang memang telah menarik minat sia bila sia dengar di radio tempoh hari. Hebat lagu nie. Melody dia memang simple dan mudah dihayati. Ditambah dengan lirik yang indah. Sia suka part chorus lagu nie. Memang best kalau berduet dengan sumandak or tanakwagu yang sedang dilamun cinta kaka… Eagerly waiting for the release of this karaoke!
THIS IS A RECOMMENDED SONG

7.     Kanou Tokou Misompuru (Lagu & Lirik: Sekar Madusa)
     Kalau sia translate tajuk lagu ni dalam Bahasa Melayu, ia bermaksud, “Mari Kita Bersatu”. So lagu nie bulilah dikategorikan sebagai lagu patriotik. Bukan sembarangan punya patriotik oh. Lagu ni ada elemen rock sikit. Pemulaan dia ada iras² lagu Jimmy Palikat – Pokitononku. Tapi bukan samalah. Iras² saja. First time dengar, sia admit yang sia teringat lagu Jimmy Palikat, tapi dua, tiga kali, sia realize yang lagu nie memang len. Okay bah lagu nie…

8.     Yoku Ie Humarap (Lagu/Lirik: Sekar Madusa)
     Ini ialah lagu fevret sia dalam album nie. Mimang dulu Hiti Oku Poingandad merupakan lagu fevret sia, tapi bila sia dengar lagu nie di radio, sia agak terpegun. Mimang sia tau lagu nie adalah nyanyian Ivye, walaupun itu DJ belum announce sepa penyanyi dia. Off Course Suara dia yang buat sia kenal. Lagu nie berentak Rock Ballad, yang menceritakan tentang seorang sumandak yang mengharap agar dia disayangi oleh tanakwagunya. Lagu ni memang emosional. Based on the lyric and the melody. Music Arrangement juga sia buli cakap EXCELLENT! Ada tu part yang berbeza daripada lagu² len di first verse. Kalau kamu sedar! Lagu nie memang akan jadi HITS! Trust me!
THIS IS A RECOMMENDED SONG

9.     Joget Magandad Tadau Sumilau (Lagu & Lirik: John Angus)
     Lagu dari hasil nukilan komposer yang sia tidak pernah dengar sebelum nie. Tapi dia tidak menghampakan sia. Jan pula sepa² tertanya² apa genre lagu nie. Off course lah joget. Sudah ditulis tu sana tajuk dia. Lagu nie bagi sia ada part yang funny sikit iaitu, inilah first time sia dengar lagu joget untuk waktu subuh! Ahaks… Trus sia tertanya kama sama diri sia, adakah urang berjoget di awal pagi, sambil menunggu matahari terbit… adeh! Tapi teda hal gia. Sekadar lagu, dan mimang lagu nie menghiburkan. Walaupun lirik dia agak pindik sebab di ulang tiga kali. Ahaks… Tapi siuk kama lagu nie….

10.     Kaamatan Norikot Wagu (Lagu & Lirik: Sekar Madusa)
     Mimang tidak miss kebanyakan album baru sekarang, misti ada lagu kaamatan. Okay lah bah. Sekurang²nya anak² muda tidak lupa dengan kebudayaan kita kan!. Kepada mereka yang ada baca previous album review sia, ada yang sia komen tentang lagu kaamatan berentak sumazau, tapi teda elemen kaamatan seperti mamangkis or even alat music traditional. Lagu nie… ADA! Permulaan saja kita akan dengar paluan gong dari Kumpulan Magagagung Kg. Sulim Kinarut.Trus idup gia mood kaamatan sia, walaupun masih lama lagi mo sampai kaamatan. Ahaks… Kalau tidak silap telinga sia yang agak tuli kali nie, sia macam ada dengar bunyi bungkau. Which is good actually. Cuma satu jak sia mo komen; kenapa gong tu tidak diteruskan sebagai muzik background. Maybe lagu nie akan lebih kedengaran siuk. Ahaks…
THIS IS A RECOMMENDED SONG

So
Conclusions…
     1 tahun sia menanti kemunculan album nie dan once dia muncul, album ni sebenarnya tidak mengecewakan sia. Sia terpegun dengan kesemua lagu yang terdapat di dalam album nie. Vocally sia tidak akan sentuh, tapi tidak keterlaluan kalau sia cakap yang lagu-lagu yang terdapat di dalam album ni amat sesuai dengan keunikan vokal Ivye. Walaupun masih bergelar pendatang baru dalam Industri Muzik Tempatan, Namun Ivye kelihatan seperti sudah lama mencipta nama. Ini mungkin kerana pendedahannya kepada dunia hiburan sebelum ini. Ini amat ketara dilihat semasa Pelancaran Album Ivye Alexandra di Buhavan Square, Donggongon.
     Tentang Album ni pula, kepelbagaian genre lagu membuatkan album ni adalah antara album yang menarik tahun ini. Sia suka dengan album yang ada rentak joget, sumazau, rock, twist dan sudah semestinya balada. Well sia brani cakap yang kamu nda akan rugi bila membeli album nie. Ia boleh didapati dalam bentuk Kaset (RM13.90), CD (RM19.90) dan MTV Karaoke (RM sia belum pasti lagi). Memang suatu pembelian yang amat berbaloi.
     Untuk tahun nie sia akan ubah cara review sia sikit, dengan memberikan 3 lagu fevret sia yang terdapat dalam album nie. Tiga lagu ini akan disusun mengikut mana satu sia suka. So kira sia punya pandangan lah.
Kalau diikut bukan tiga saja yang sia suka… tapi since sia sudah cakap Top 3 Favourite Song, sia akan letak 3

Album: Ivye Alexandra – Hiti Oku Poingandad
Singer: Ivye Alexandra
KaDuS Top 3
  1. YOKU IE HUMARAP

  2. HITI OKU POINGANDAD

  3. KADA KITO PONONGKIALA (with Sekar Madusa)

KaDuS Entertainment Rating:     4½ STAR
THIS ALBUM IS RECOMMENDED

P/S:
Review Ni Adalah based on my personal view... nda semestinya overall view dari semua orang. Sia nda bermaksud mo kasih rendah-rendah sesebuah lagu or artis and i'm not biased toward any artis or song. Motif sia adalah untuk memperkenalkan lagu² Kadazan Dusun kepada semua peminat dan bukan peminat... dan review ni hanya sekadar guideline. Citarasa kita memang berbeza... but sia pasti satu yang sama adalah... Kita sama² menyokong Industri Muzik Sabah... Cool! So Enjoy...

Dalam memastikan industri muzik tempatan terutamanya dalam Negeri Sabah ini berdaya saing dan mampu bertahan lama, BELILAH CD/KASET YANG TULIN. Hanya kita, peminat, yang mampu menaikkan martabat industri muzik kita dan kita juga mampu menjatuhkannya. Sokonglah Industri Muzik Tempatan Sabah dan belilah yang Original! Bulih Bah Tu...

-KaDuS-
©KaDuS Entertainment 2006™
kadusmusic@yahoo.com

E-mail this post



Remember me (?)



All personal information that you provide here will be governed by the Privacy Policy of Blogger.com. More...

>Ivye Alexandra ni merupakan anak kelahiran daerah Tambunan tetapi menetap dan membesar di Sandakan (kalau sia nda silap). Karier nyanyiannya bermula di kelab² malam<.....
hai kadus!..siou.agak lambat sikit komen sia nie.ehe.sia cuma mo kasi confirm ulasan ko ttg Ivye diatas adala betul sebenarnya.mimang benar dia dibesarkan d Sandakan dan menghabiskan persekolahan beliau di Sandakan juga..sia adalah satu sekolah ngan Ivye dulu d sandakan,sbb itulah sia tau serba sedikit ttg dia..cuma baru skrg sia agak terkejut sikit dia pandai pla menyanyi n jadi artis pla tu.hebat c Ivye!..ehe..ok..dat all..chaw..

Add a comment